Mesyuarat Pasukan Misi Kemanusian Kemboja 2007 di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) telah bermula pada jam 3.20 petang. Segala puji bagi Allah, mesyuarat telah dapat dihadiri oleg semua peserta kecuali Saudara Faiz, yang mengalami sedikit masalah teknikal.
Meeting pada kali telah memutuskan bahawa semua wang kutipan derma hendaklah dimasukkan ke dala akuan Maybank saudari Sarah Zulaikha Samad. Pengumuman juga telah dibuat oleh saudara Zafirudddin bahawa rancangan Selamat Pagi Malaysia telah bersetuju untuk menemu ramah saudara Amin untuk menwar-warkan projek ini kepada seluruh penonton RTM pada keesokkan hari.
Pasukan juga telah mencapai kesepakatan bahawa seramai tiga orang doktor, dua orang jururawat serta ditemani oleh tiga orang pelajar perubatan Islamic Medical Association of Cambodia (IMAC) akan turut serta dalam misi selama 12 hari bumi Kemboja itu.
Perbincangan mengenai kutipan derma terus menjadi agenda utama dan akan kian dipergiat dalam hari-hari terakhir sebelum bertolak Isnin depan. Semua diingatkan agar berkumpul di hadapan surau KLIA selewat-lewatnya pada jam 6.30 pagi pada 23 Julai ini, dan masing-masing diingatkan juga agar tidak lupa membawa passport. InshaAllah ketibaan kami akan disambut di sana oleh wakil IMAC.
Komiti baru telah diwujudkan bagi perjalanan program yang lebih efekti semasa di Kemboja:
Makanan: Farhana & Zafiruddin
Pengangkutan: Fakhriah & Shamshir
Kewangan: Nurul Iza & Farina Zawati
Tempat tinggal: Faiz
Teknikal: Mai Sh, Noor Mikraz & Firdaus Rahim
Aktiviti: Faizal & Amin.
Akhir kata, selamat bekerja!
No comments:
Post a Comment